Friday, October 30, 2009

saya dan dia

saya sedih

saya terasa

saya terguris

tapi.......

dia x mengerti

dia x mencuba untuk memahami

dia biarkan aku begini

lantas......

saya tawar hati

saya ingin pergi

pergi menangis sendiri
....................................................................................................

wahai hati

sabarlah

kalau memang hakikat hati ini utk dilukai

ak redha

ak berserah pada ketentuan-Nya

wallahualam

.

Thursday, October 29, 2009

karma..

sedar nya aku dari tidur pagi ni, perkataan "karma" terngiang2 dlm fikiranku..

mengapa?

kenapa?

aku sendiri keliru.. mungkin kerana mengenangkan dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini.. kotor dan keji..

sesungguhnya aku takut.. takut dgn azab-Nya..
aku ingin berubah, tapi aku perlukan tali..
aku tak mampu utk terapung-apung sendirian
sungguh kecil,kerdil dan kudus hati ini

semenjak dari mula, ku sedar ade cahaya
cahaya menuju kearah-Nya
namun...
seringkali aku menolak
menghindarkan diri daripadanya..

akibatnya.. cahaya itu perlahan-lahan meninggalkanku
dlm keadaan aku sedar dan tak sedar
akibatnya.. aku juga yang rugi
rugi kerana tidak menghargai kesempatan yang diberi

persoalannya sekarang:

bolehkah aku berubah?

mampukah aku?

adekah insan yang sanggup membantu?

dan bagaimana aku harus mula?

atau permulaan itu sudah terjadi ?

.....................................................................................???

-keliru-


Tuesday, October 27, 2009

reshuffling..

skrg..... terlalu banyak masaku dihabiskan disini.. mungkin dulu, ak mempunyai peneman.. peneman utk mendengar segala kekusutan hati, penggalak semasa gembira dan pengubat semasa duka..

tp skrg.. semua da berubah.. mgkin keadaan dan mase mengubah segalanya.. mmg ak x fhm kenapa perubahan perlu dicipta utk adapt dgn persekitaran masa dan kehendak dunia.. kenapa kite x mampu untuk menjadi diri kita.. bebas utk lakukan ape yang kita nak selagi x bercanggah dgn agama.. knp?
after all...let it be what it should be.. sapelah ak nak meminta2 n meronta2 supaya org turuti kemahuanku..

sape ak?

I am No One..

only me, me n the only me can satisfy myself.. my need..
walaupun jiwaku kosong, tp xpelah.. atleast ak ade ruang utk membebel sorg2 lam blog ni..
so pathetic rt? but this is it.. I'v to accpt the fact..

esok EXAM.. Block 3 dah smpai ke pghujung.. lepas ni block 4, n x lama lepas tu University Exam.. hm.. penat da nak cuak.. biasa la kan.. mane pernah hdup sbg seorg s2dent ni x pernah nak berlekang ngn exam..

kepada semua kengkawanku yang senasib dgn aku, gud luck!
InsyaALLAH kite sama2 berdoa kepada ALLAH SWT supaya diberi ketenangan n kekuatan minda utk recall segala ilmu yang telah diajar oleh guru2 kite..

mata ak da sgt2 mengantuk.. wlaupun jam kat laptop ni baru pkul 9.30 malam.. tp ak da sgt2 mengantuk.. hm.. ape la nak jd kan? kate nak exam.. tp membuta je keje.. (tepuk dahi sndiri)

that's all for now..

ma'as salama
assalamualaikum..

Sunday, October 25, 2009

Aku bukan siapa-siapa,tapi aku benar-benar sayangkan kamu...

bismillahirrahmanirrahim~
dengan nama ALLAH yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..

tangan ini kaku
bibir ini kelu
tapi biarlah hati ini yg bermadah..

aku bukan siapa-siapa
tapi aku saudaramu yg sygkan kamu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku sahabat yg percayakan kamu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku ingin sekali dekat dgn kamu

andai dihitung nilai dunia
akan sama nilainya dengan nilai seorang wanita

aku wanita
kau juga wanita
nilai kita tinggi
dan kita juga ditinggikan oleh Allah dan RasulNya

pernahkah kita terfikir
kenapa agaknya aku dilahirkan sebagai seorang wanita
kenapa aku terpilih menjadi seorang gadis
dan kenapa aku terpilih menjadi seorang ibu

semuanya tercatat di LUH MAHFUZ
aku tidak tahu
kau jua mungkin begitu

namun, yang pasti
ciptaan Allah itu tidak sia-sia

kau wanita dilahirkan dalam keadaan sempurna
sempurna rupa paras dan sifat
menjadi begitu indah di pandangan lelaki
menjadi buruan ramai pemuda

senyumanmu menawan
matamu indah
tanganmu lembut
siapa yg tidak tertawan dengan keayuanmu
siapa yang tidak tertarik dengan gelak tawamu
siapa yang tidak terpikat dengan kelembutanmu


namun, wanita
bukankah ciptaan Allah itu sudah cukup sempurna?
dan Allah Maha mencipta segala sesuatu..

jadi
kepada siapa senyummu yang indah ditujukan
kepada siapa sebenarnya matamu yang ayu ditatapkan
kepada siapa tanganmu yang lembut dipegang erat?

senyumanmu bukan untuk dia
matamu bukan untuk dia
tanganmu bukan jua untuk dia
kerana dia belum lagi bergelar SUAMImu
dan kerana dia belum layak lagi mendapat habuan itu..

aku bukan siapa-siapa
tapi aku mahu tersenyum bersama kamu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku mahu memegang lembut tanganmu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku saudaramu
yang kasihkanmu

aku ingin kita tersenyum disana
aku ingin kita berpegang tangan disana
aku ingin kita bersama disana

dunia ini hanya pinjaman
keseronokan hari ini akan hilang
kegembiraan hari ini akan pudar
andai hari ini kita masih terjerumus dalam dosa

Allah berfirman:~

"..bukan membuat dosa itu yang membuat Aku benci pada kamu..
tapi, akibat BERTERUSAN DALAM DOSA itu membuat Aku benci kepada kamu..."

nauzubillahiminzalik
janganlah Allah membenciku dan kamu..

aku tujukan ini bukan kepada yang bercouple
aku tujukan ini bukan juga kepada yang tidak bercouple

tapi aku tujukan ini buat sesiapa yang bergelar wanita
aku tujukan ini buat yang bergelar muslimah
kerana aku bukan siapa-siapa
aku juga seperti kamu

nilai kita tinggi
kita ada "madu" yang manis sekali
dulu aku tak mengerti manisnya madu yang aku punya
tapi sekarang baru aku fahami
madu itu akan bertambah manis lagi jika disimpan rapi

aku bukan siapa-siapa
dan kamu juga bukan siapa-siapa
kita sama disisi ALLAH
kerana itu aku sygkan kamu

memang susah
memang payah
aku juga seperti kamu
aku juga rasakannya
kerana aku bukan siapa-siapa
aku juga manusia

tapi bukankah Allah telah berjanji
barangsiapa yang sabar melakukan kebaikan
maka Allah balas mereka dengan nikmat dan rahmat

memang nikmat itu lambat
memang nikmat itu tak terlihat
tapi yakinlah..
ia ada dihadapan nanti

cinta itu akan hadir
usah risau siapa
usah risau bagaimana
kerana semuanya telah tertulis di luh mahfuz lagi
Allah Mengetahui, padahal kamu tak ketahui

oleh itu
hiaskan diri kita dengan hiasan malu
tutupi aurat kita
jagalah pergaulan kita
kerana semuanya dalam pemerhatian Allah
Allah tahu padahal kamu tidak tahu..

wahai insan yang bergelar muslimah
masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan
janganlah kamu ambil separuh, buang yang separuh
kerana Islam itu indah
dan ALLAH juga indah
ALLAH juga suka yang indah-indah

dan seindah perhiasan ialah
wanita solehah~


aku bukan siapa-siapa
tapi aku benar-benar sayangkan kamu...



Credit to= hawa (note dlm FB)
(original post by keyla,czech)


"wlaupun puisi ini dicedok@bukan buatan sndiri tp..
Mesej yang nak dsmpaikan dlm puisi ini sgt2 mendalam dan bmakna..
Sy harap, msg ini dpt menyedarkan diriku dan saudari2 hawa ku sekalian..
muda-mudahan.. InsyaALLAH...."

amin~

Friday, October 23, 2009

Cinta.....

Andai aku buta kan mata
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya
Andai engkau tutup telinga
Dapatkah kau melihat keikhlasannya

Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya
Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya
Memang cinta ada dalam jiwa kita

Andainya cinta itu buta
Dapatkah kau mengubah pesonanya
Andai mengalir air mata
Dapatkah kau membezakan jelingnya


Oh mengapa ada saksi yang tak memahami
Oh mengapa ada saksi yang disalah erti


Sememangnya...

Memang cinta ada dalam jiwa kita...